Thursday 20 March 2014

Minum ESP punca baby besar?

Bismilahirahmanirahim....

Entri kali nier nak mengupas tentang topik minum ESP punca baby besar????


 
 




Selalunya bayi normal dianggarkan mempunyai berat badan dalam lingkungan 3.4 kg hingga 3.5 kg.

Bayi yang besar dari usia kandungan adalah lebih besar daripada bayi normal.

Bayi besar dari usia kandungan adalah bayi yang mempunyai:

📌Berat lahir adalah melebihi 90th percentile untuk usia kandungannya (umur kandungan dalam kiraan minggu).
📌Bayi-bayi ini mempunyai berat lebih daripada 90% dari semua bayi didalam lingkungan usia kandungan yang sama.
📌Bayi-bayi yang mana beratnya berada didalam kawasan melebihi garisan 90% di dalam carta pertumbuhan bayi dalam kandungan.

📌Bayi yang cukup bulan dan berat badannya melebihi 4 kg adalah dianggap bayi besar dari usia kandungan.

Terdapat beberapa faktor sebenarnya yg boleh menyebabkan bayi membesar lebih daripada berat yg normal ketika di dalam kandungan.

Antara faktor yg telah dikenalpasti ialah:
Keturunan - ibubapa yang besar kebiasaannya melahirkan bayi yang besar.
Terlalu banyak kenaikan berat badan ibu semasa mengandung.
Ibu dengan paras gula tinggi di dalam darah semasa mengandung - contohnya, ibu yang mengidap kencing manis (diabetes) semasa mengandung.

Bayi besar dari usia kandungan mungkin normal atau mungkin mempunyai ciri-ciri seperti di bawah:
Macrosomia (bayi dengan badan yang besar)Warna kulit sangat merah (plethora).
Kecacatan masa lahir - bayi yang ibunya mengidap kencing manis berisiko tinggi mendapat penyakit jantung dari lahir, kecacatan saraf tunjang dan kecacatan anggota kaki dan tangan.
Kesukaran bernafas.
Keletihan - disebabkan oleh kekurangan gula dalam darah.

Apakah masalah-masalah lain yang berkait dengan bayi besar dari usia kandungan?
Kadar kelahiran secara pembedahan adalah tinggi.
Kesukaran kelahiran yang menyebabkan kecederaan semasa lahir.
Ini termasuk pendarahan di bawah kulit kepala, patah tulang dan lemah/lumpuh anggota tangan (Erb's palsy - yang berkait dengan kecederaan saraf flexus berhampiran dengan bahu).
Proses bersalin yang lama boleh menyebabkan kurangnya oksigen dibekalkan kepada bayi dan kemungkinan menyebabkan kecacatan fizikal dan mental dalam jangkamasa yang panjang.

(Sumber: laman web Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM)
Jadi di sini, sudah terbukti bahawa pengambilan suplemen bukanlah faktor yg boleh menyebabkan baby besar di dalam kandungan. Ia mungkin disebabkan oleh faktor-faktor seperti yg telah dihuraikan di atas tadi atau mungkin hanyalah secara kebetulan. Oleh itu, mama semua janganlah "takut" ya untuk mengambil suplemen di kala hamil kerana suplemen TERAMAT PENTING untuk kesihatan ibu semasa hamil dan TERSANGAT PENTING untuk perkembangan baby baik dari segi perkembangan fizikal mahupun mental baby. Ini adalah kerana tanpa zat dan gizi yg cukup, ia boleh membantutkan dan merencatkan tumbesaran janin di dalam kandungan. Mama juga boleh sakit seperti pitam, letih, lesu, mengalami kekejangan dan sebagainya akibat kekurangan gizi dan nutrisi penting. Penjagaan pemakanan perlu dititikberatkan tatkala mama hamil. Justeru, pengambilan suplemen di kala hamil sedikit sebanyak dapat menampung mana-mana nutrisi yg kurang dari pengambilan diet harian.

No comments:

Post a Comment